Thursday, April 30, 2009

pesanan penaja

maaf ya kawan-kawan,
saya baru cuba satu teknik baru mengapdet blog terus dari lokasi tak kira manapun berada.

Aku rasa teknik ni style dan best. Terus guna email je dan anta macam type sms.

Tapi,pesanan penaja seperti dibawah ni, menyakitkan hati aku. Hahaha. Kalau korang nak call no yang tertera sampai syurga pun korang takan dapat. Sebabnya sekarang saya gunakan, celcom broadband mudah alih.

berikut ialah pesanan penaja:

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60134952894

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

dari bangsar utama


segelas teh oh limau suam di tingkat bawah bangunan yang entah berapa tingkat.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60134952894

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Selamat tinggal April

Tahun lepas, 2008, bulan empat adalah bulan paling serabut. Dimana dalam bulan empat bermacam-macam perkara berlaku dalam hidup aku.

Dan tahun ini, 2009, bulan empat juga aku rasa yang paling banyak aku serabut, sampai sekarang.. ish.

Esok masuk Mei, sekejap je berlalu. Dan kebiasaanya, Mei adalah beautiful..

Beautiful moment

haha.
but tak tau la kan tahun nikan?

harap je ada sesuatu yang lebih baik.

Saturday, April 25, 2009

Gemukkk

Yeah, aku dah gemuk, sangat gemuk.

kene fikir ke hal ini?

Umi kata,''makan jela''
kawan kata,''kau abeskan''
sendiri kata,''sedapnya, habiskanlah''
awek-awek kata (mungkin dalam hati),''kurus dulula, baru ngorat i.''
puspa kata,''bukan trend perempuan sekarang suka laki gemuk ke?''

so sapa suka laki gemuk?

Saturday, April 11, 2009

bulan 4 musim mengawan

Hy kawan-kawan
Haa, sebelum hadir ke rumah Marini, aku check jadual aku sepanjang bulan ini. Lala. Dan rupanya, ada lagi tiga majlis perkahwinan para sahabat aku akan berlangsung dalam minggu depan dan minggu seterusnya.

Hahaha..

Sebenarnya, hari ini aku agak sibuk dengan beberapa perkara yang belum setle lagi, dan aku hampir terlupa perkahwinan Marini. Haha, pembantu baru aku (hehe) masih lagi dalam peringkat percubaan dan dia agak kurang biasa susun aturkan jadual aku.

Sampai aje aku terus duduk dengan YB Zul, yang tengah borak dengan ayah marini, dato kamal.

Tak sampai lima minit, bos karangkraf Datuk Hishamudin plak dan isteri satu meja ngan aku.

Kemudianya, Azmin plak sampai, dan duduk satu meja ngan aku. Haha. So meja aku dah penuh dengan orang-orang besar. Aku tak pakai baju batik. Haha.

Anwar sampai lepas zohor, dan bila dia dah sampai, ehem, aku say Hi dan apa lagi cabutla..

:D

Anyway majlis marini best, dan saya kebahagian seluruh hidup.



haa ini gambar yang diambil oleh kawan aku.


Wednesday, April 8, 2009

yeah anak comelku!

Akis dipaksa lahirkan anak aku di Facebook


haha..
Gila mamat ni

tahniah, ailebyu!!

gelak.
hahahaa.

tahniah, buat rakan-rakan.

nampaknya aku tak turun pun, mampu menang.

haha.

eh, sapa plak aku?

anyway,

hari ni, opis aku dok sebok2 tunggu dan monitor. Sampai sekarang (3.30 pagi,8 april) kami tidak balik.

kampeni mlanje makan; tengah hari, petang, malam, tengah malam dan pizza (dengan tiba-tiba dihantar oleh Tian Chua)

wah heppy. dan jimat.

tapi..

keje aku akan siap dalam masa 20 minit..
dan siapa akan bayar tambang teksi aku!?

Monday, April 6, 2009

weekend

Akhil dah besar, umipun dah tua :D

Aku batalkan niat suci murniku ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, setelah aku sedari betapa pentingnya aku berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Pada awalnya, aku rasa hari jadi Umi jatuh pada 4 April. Tapi malangnya, ianya pada 5 April.

Nasib baik Maria, ingatkan.

(Hahaha, apa punya anak!)

5 April, aku habiskan masa dengan Umi, Ayah dan adik-adik lain kat Titiwangsa. Keluar main tenis, gym dan teman Akhil di Playground.

Akhil dah boleh bergayut, hayun boyan, main jongkang jongkit, pukul rakan sebaya dan juga mengorat bukan sahaja rakan sebaya, malah orang dewasa.

Teruk Akhil ni, baru 1 tahun 2 bulan!

Dalam minggu ni juga aku cinta sejarah apabila kunjungi 1 majlis pertunangan dan 1 majlis pernikahan.

Haha, kebiasaanya, aku hanya jadikan kad kahwin sebagai penanda buku. Nasib baik dua orang ni kawan rapat aku.

Adi, disandingkan di Keramat, pada 4 April dan Ahan ditunangkan di Damansara pada 5 April. Ahan dijadualkan berkahwin pada Julai ini. Tahniah.

Manakala Marini pula kahwin next week dan kah kahwin dia memang tak boleh buat penanda buku!

Haha

Friday, April 3, 2009

nyanyian rindu dari kekasihku! <3

GF aku tau, aku sibuk - mau-mau time pilihanraya dan pelantikan perdana menteri. Aku tau dia nak aku tau yang dia sentiasa disamping aku. So aku paham.

Aritu, masa kami habiskan cuti dengan dia, dia mintak aku rakamkan nyanyian dia.

aku terharu.

walaupun dia kurang pandai bahasa melayu, tapi ini percubaan yang baik untuk hidup dengan aku.

haha



ini versi malam tadi, dia main klasikal. Yang lebih aku suka. Grrrr.. I miss you too dear!



hahaha.

tenda biru

Kawan-kawan,
gua tau ramai lu orang kahwin ini bulan.
so lu orang layan ini video;

berakhirlah sudah semua kisah ini.. dan jangan kau tangisi lagi - Pak Lah



Hari ini, Tiga April Dua Ribu Sembilan, Najib Razak, yang mempunyai pelbagai skandal yang negatif termasuk dengan penglibatan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dilantik untuk menjadi Perdana Menteri.

Aku, budak muda, yang pakai topi senget, yang cool, amat kesal dengan pemilihan ni.

Tapi, apakan daya, Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak mahu jadi PM.



Semalam masa Pak Lah jumpa YDP Agong, aku bayangkan beliau nyanyi lagu ni;