Akhil dah besar, umipun dah tua :D
Aku batalkan niat suci murniku ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, setelah aku sedari betapa pentingnya aku berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.
Pada awalnya, aku rasa hari jadi Umi jatuh pada 4 April. Tapi malangnya, ianya pada 5 April.
Nasib baik Maria, ingatkan.
(Hahaha, apa punya anak!)
5 April, aku habiskan masa dengan Umi, Ayah dan adik-adik lain kat Titiwangsa. Keluar main tenis, gym dan teman Akhil di Playground.
Akhil dah boleh bergayut, hayun boyan, main jongkang jongkit, pukul rakan sebaya dan juga mengorat bukan sahaja rakan sebaya, malah orang dewasa.
Teruk Akhil ni, baru 1 tahun 2 bulan!
Dalam minggu ni juga aku cinta sejarah apabila kunjungi 1 majlis pertunangan dan 1 majlis pernikahan.
Haha, kebiasaanya, aku hanya jadikan kad kahwin sebagai penanda buku. Nasib baik dua orang ni kawan rapat aku.
Adi, disandingkan di Keramat, pada 4 April dan Ahan ditunangkan di Damansara pada 5 April. Ahan dijadualkan berkahwin pada Julai ini. Tahniah.
Manakala Marini pula kahwin next week dan kah kahwin dia memang tak boleh buat penanda buku!
Haha
Why Calibration Devices Are Cherished
-
A calibration device is an instrument utilized to measure the accuracy of a
measurement tool with regards to output results. Numerous calibration
instrumen...
58 minutes ago

ape la x igt bday umi..nnt buat la reminder!!!
ReplyDelete