Friday, October 2, 2009

Satu tahun bertambah, bye!


Setelahapa yang aku lakukan semalam dan kemarin juga sebelumnya

Hanyalah keikhlasan hati dan perasaaan sebagai pendokong untuk aku terus hidup dan bernyawa. Hidup harus diteruskan, berubah serta sentiasa lalui walau apa sahaja di hadapan..
Oh bukankah ku pernah melihat bintang
Senyum menghiasi sang malam
Yang berkilau bagai permata
Menghibur yg lelah jiwanya
Bukankah hidup ada perhentian
Tak harus kencang terus berlari
Kuhela kan nafas panjang
Tuk siap berlari kembali

selamat ulang tahun, diri sendiri!

Wednesday, September 23, 2009

Test

Hello
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 18, 2009

:)

bahlol, kenapakah ramai memilih jadi bangang dan bahalol untuk menujukan kebodohan?

Tuesday, August 11, 2009

sajak trio



maskara:8.08.09 | rumah pena


(satu)

Aku Ingin Beritahu

Di Jalan Robinson

Ada kuih kuaci berintikan diskriminasi

Ada kuih karipap berintikan populasi

Ada kuih gulung berintikan revolusi

Ada kuih pulut panggang berintikan reformasi

(dua)


Kau tahu siapa aku?

Aku benci

Aku benci pasport

Aku benci pasport luar

Aku benci pasport luar negara

Aku benci pasport luar negara New Zealand

Aku benci aku tak ada pasport

(tiga)

Perempuan itu tinggalkan aku

Aku tinggalkan perempuan itu

Tinggalkan aku perempuan itu

Perempuan aku tinggalkan itu

Itu perempuan sudah tinggal sama aku

(satu)


Aku ingin beritahu

Di Jalan Robinson

Ada nasi lemak bersambalkan sorak-sorakan

Ada lontong berkuahkan kejar-kejaran

Ada kueh teow bercampurkan ejek-ejekan

Ada mee kari berlilitkan cabar-cabaran

(dua)

Kau tahu siapa aku?

Aku benci

Aku benci daging

Aku benci daging kambing

Aku benci daging kambing goreng

Aku benci daging kambing goreng pedas

Aku benci aku tak makan daging

(tiga)

Dulu perempuan itu cintakan aku

Aku cintakan perempuan itu dulu

Dulu perempuan itu aku cintakan

Perempuan itu cintakan dulu aku

Itu perempuan sudah cinta sama aku


(satu)

Aku ingin beritahu

Di Jalan Robinson

Ada tom yam dicampurkan kasih sayang

Ada kari kepala ikan dicampurkan kasih mesra

Ada sambal belacan dicampurkan kasih rindu

Ada ayam golek dicicahkan kasih pimpin

(dua)

Kau tahu siapa aku?

Aku benci

Aku benci selipar

Aku benci selipar jepun

Aku benci selipar jepun berwarna

Aku benci selipar jepun berwarna pink

Aku benci aku tak ada selipar

(tiga)

Aku tetap sayangkan perempuan itu

Tetap perempuan itu sayangkan aku

Sayangkan aku tetap perempuan itu

Tetap itu aku sayangkan perempuan

Itu perempuan sudah tetap sama aku


(satu)

Aku ingin beritahu

Di Jalan Robinson

Tiada apa-apa untuk rakyat

(dua)

Kau tahu siapa aku?

Aku benci

Tiada siapa yang peduli

(tiga)

Perempuan itu dulu tinggalkan cinta dan sayangku.

Cuti



kenyang. alhamdullilah.

Lima hari aku duduk dirumah, hanya tengok TV layan cerita melayu dan baca buku. Hari ini aku keluar sekejap kepejabat, untuk bermesyuarat.

Kepala aku sakit kalau jalan lebih, dan aku akan rasa cepat letih. Paru-paru aku, entah haramjadah apa dia buat.

Anyway, aku disahkan tidak mempunyai wabak H1N1!

Terima Kasih

Thursday, July 30, 2009

Hujung minggu ini: Mari kita turun ke ............

31 Julai

Genting, F Fest. Hhaahaha..

lagi..

1 Ogos -

Heineken Green Room! Zouk KL

lagi..

2 Ogos -



lagi..

cukup la tu

ok, aku pakai baju merah seluar hitam?!

p/s = wah gila happy, ada pendapatan lebih dan berblackberry.... alhamdullilah

Tuesday, July 21, 2009

Maskara!



Syafiq Sunny adalah seorang penyajak?

Ha Ha Ha...

Ok, apa yang sedang aku lakukan?
Sementara menunggu skrip dari Azzam, dan memberi khidmat nasihat komunikasi kepada beberapa orang, aku sedang giat menghasilkan sebuah cerpen bersama Zul dan Saiful.

Thursday, July 16, 2009

Perintah berkurung mulai 1 Ogos

Mulai satu Ogos ini, kerajaan telah mengarahkan aku untuk duduk rumah selalu selepas mengetahui kelemahan aku. Berikut dinyatakan perintah kerajaan berkenaan:

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.
-Malaysiakini


atau pilihan kedua;

Kalau biasanya kos pengangkutan aku kira-kira RM600 sebulan, rasanya bulan depan aku akan membiayai seorang pemandu peribadi untuk mengangkut aku kemana-mana.

Terima Kasih

Baju


Dulu, masa aku bergf, aku pakai baju ni.
dan beliau tanya aku.
siapa bagi baju ni?
ha ha ha

Mana nak buang angen satu badan?

Argh,
mau jerit
hingga hilang suara
supaya tidak perlu bercakap
dan hanya perlu gunakan tangan
untuk memberitahu aku sedang marah
(sambil tunjuk jari tengah kepada mereka sikeji)

ops sorry..
fuck you mtf!
Syal, kurang pahala aku.

hehe..

Tuesday, July 14, 2009

Siapa menang?

Ketika melalui foodcourt selepas pulang dari pejabat, ditegur oleh seorang pakcik berkopiah putih yang entah siapa.

''Adik kita menang?'' soal beliau dengan mimik keyakinan yang tinggi seperti aku mempunyai jawapanya.

Kemudian aku yakin dia Pas atau penyokong Pakatan Rakyat.

''Menang majoriti sikit,'' kata aku. keputusan rasmi tak keluar. Tapi aku baru lepas check twitter.

''Berapa?'' tanya Pakcik tu lagi.

''Kurang 100,'' sambil aku senyum dan pantas berlalu.

Aku toleh belakang ketika jalan. Pakcik tu pergi kearah meja orang lain, sekumpulan pakcik juga.

Pakcik tu menunjuk-nunjuk aku dan mereka semua dengan serius pandang aku.

Cepat-cepat aku pandang depan, dan terus jalan dengan pantas untuk hilangkan diri dari pandangan.

Kalau tak, wajib dari lima orang, mungkin akan jadi 10 orang untuk dengar ulasan aku secara live.

Friday, July 10, 2009

Oii Oii

Itu semua lakonan, bukan realiti.
Apa yang aku cakap itu adalah benar, dan apa yang korang nampak adalah salah
:D

p.s = rujuk facebook

Wednesday, July 8, 2009

Rajawali


Bukan gambar baru, tapi gambar lama yang diambil dari flickrku!

Tuesday, July 7, 2009

Azzam Supardi!


Aku bimbang dengan Azzam Supardi (bukan Suparman) dengan cara beliau memandang Dr. Farish Ahmad Noor

Program Amal dengan pelajar Sekolah Ilmi

Aku rasa tahap kesihatan aku, tengah kritikal. Tapi, siapa tahukan kalau kita senyum dan gelak?

Tapi aku suka untuk tidak kelihatan sakit. :)

Ini hari, aku gembira. Pergi melawat Sekolah Ilmi. Ada program bersama pelajar.

Yang aku gelak, aku diperkenalkan kepada pelajar dengan nama abang, tapi kenapa ada diantara mereka panggil aku Uncle? Ishhhh!!!


Seorang pelajar tanya aku," Kenapa abang pakai kasut sekolah?" dan aku tak tahu untuk jawab apa.


Dan mereka memberikan aku senyuman. Program selepas ini di rumah bakti. Ada mana-mana universiti yang ada awek cun nak panggil aku datang?

Ops, lepas program, semua pelajar yang rata-ratanya pelajar darjah dua dan tiga berebut-rebut mintak autograph sambil kata, "Abang-abang, saya ada kakak yang hot!"

Dan serius aku conteng je kertas-kertas A4 dorang sambil dicemburui oleh rakan-rakan lain.Lu orang tak percaya? Check la facebook gua!

Monday, July 6, 2009

gua gembira tentang sahabat gua, jadi gua tulis nota pendek, untuk rujukan kalau nanti gua jadi pelupa

Masa tingkatan dua, aku berpindah ke Melaka, di tempat yang tak pernah aku rasa akan bermastautin. Kehidupan berubah, dari mamat bandar - yang masa tu main PS1, BMX, mempunyai GF berambut perang, terpaksa bertukar corak hidup untuk menjadi mamat skema.

Ketika mula di sana, aku tak punya kawan yang ramai. Ha Ha. Aku pendiam dan tak campur orang... Baju sentiasa masuk dalam, jadi budak baik. Tapi sampai di tingkatan tiga, gua kembali temui roh gua.

Aku temui geng baru, dari dua kelas berlainan. Nama mereka Wan dan Pjol. Wan dari kelas 'hujung' naik ke kelas nombor dua. Pjol pulak dari kelas kedua hujung naik ke kelas yang nombor dua.

Mungkin diantara sebab yang lain untuk kami lebih rapat kerana aku dan Pjol berpindah secara kebetulan ke kawasan perumahan baru yang hampir di rumah Wan.

Dari situ, kami begitu akrab.

Bukan sahaja akan masuk kelas time yang sama, kalau demam pun - Insyaallah tiga-tiga pun demam. Kalau buat kutipan derma, tiga-tiga pun beramal ketuk pintu kelas ke kelas. Kalau dipanggil pengetua, tiga-tiga pun akan mengadap pengetua.

Cuma, hubungan regang sedikit, selepas Pjol ada GF dengan pengawas, jadi dia lebih berdisplin. Aku dan Wan, tetap still jadi pujaan budak-budak Junior. Ha Ha..

Tapi bape bulan kemudian, rasanya Pjol dah putus kot, Jadi dia kembali cool bersama kitaorang.

Kami selalu main-main, dan sebenarnya aku agak rindu zaman nakal gila babi tu. Tapi dalam nakal-nakal, aku lebih menonjol keUmnoan. Dalam usia 16, aku dapat jadi Naib Pengerusi Belia 4B Cawangan, dan sebelum tu, pangkat aku dalam PBSM lebih besar dari pangkat pengetua :P.

Jadi hidup dekat tempat baru, banyak mendewasakan aku. Dari umur aku 16, aku dah bercampur dengan orang-orang tua. Masa tu apak aku mempunyai harapan yang tinggi supaya aku dapat jadi pemimpin melayu. Wink Wink...

Masa umur 16 aku sudah mula pakai baju batik, dan mendapat habuan-habuan. Ha Ha. Masa ni dah belajar pasal kontrak dan macam-macam laa..

Cerita kembali mengenai Wan dan Pjol, kalau sorang ada masalah, ianya akan jadi masalah kami bertiga. Aku dah belajar mengenai semangat setiawakawan dari kecil, dan aku selalu pegang semangat setiakawan itu sehingga kini.

Ops lupa nak cite, masa SPM, geng2 lain sibuk membaca, aku dan dua geng lain sibuk buat breakdance. Tu kalau korang tengok pengaruh hip hop aku ada sampai sekarang. Ha Ha Ha.

Kami belajar hanya pada masa SPM.

Ok, sebenarnya aku ada gak belajar time diorang tak belajar. Sebabnya.. he he, aku rajin pegi perpustakaan dengan sorang awek sekelas. :P, sapa suh Pjol dan Wan selalu bangun lambat. So, sorrryyyy..

Tapi malangnya, aku biasala, dah ada peluang nak ngorat, aku takan teruskan. Aku akan main-main dan blah.

Ha Ha, tapi mana minah tu skang ya?

Kami belajar bersungguh-sungguh dua hari sebelum SPM. Ha Ha. Masa tu bulan puasa, selain belajar bersama, kami juga makan tengah hari bersama. Ha Ha..

Lepas SPM, aku kembali ke KL untuk jadi rockstar. Alhamdullilah impian berjaya. Aku pulang ke kampung dengan baju-baju band dan selalu menjadi bahan rujukan kawan-kawan. Ha Ha.

Dan aku dikatakan mempunyai lebih star lagi, bila ada gf yang hot (masa tu!)

Tapi makin lama aku kat KL, makin jarang aku balik Melaka. Sorry geng, masa tu sibuk.

Dan hubungan kami agak longar.. dan....... hmm.. langsung tak jumpa.. bertahun.

Tapi kemarin Wan telefon, aku hanya sempat cakap "Wan, aku call kau esok, aku tengah d..." terus aku matikan telefon.

Dia anta aku SMS;
Fiq aku rindu kau la?

Aku tak reply. Mcam celaka kan SMS macam tu. Aku sebenarnya tak layan kalau orang (lelaki) sms macam tu. Ha Ha.

Tapi bila aku terjumpa baju (batik) belia 4B, aku terasa rindu. Rindu dengan kawan-kawan. Ha Ha.

Terus aku cari nombor telefon.. Tapi biasalah, gagal dijumpai (aku memang jarang save nombor telefon. Sorry kalau korang telefon aku, lima kali seharipun, aku tanya siapa ni. Nota pengarang: Aku akan ubah perangai ni mulai hari ni)

Tiba-tiba lepas makan dengan kawan aku, Wan telefon aku. Dan maki hamun aku.. Ha Ha dia kata aku tanggang. Ha Ha.

Dekat 40 minit kami berborak.. Dan aku rasa sangat gembira. Gembira yang tak terkata... Dan tula pasal aku tulis nota mengarut ni!

Kini Pjol seorang rekrut JPJ, Wan bakal begelar seorang komando.

Sekarang aku terfikir; Apa aku lakukan sekarang?

Seni untuk rakyat


Kalau gua ada gitar, gua akan cuba mementaskan diri!
Ha Ha Ha
Gambar: Program Malam Seni Rakyat,4 Julai lalu anjuran CRK

Sunday, July 5, 2009

Sunday, June 28, 2009

Cak! :D

Woiit, maaf, aku lama tak tulis blog.
Agak sibuk dengan tugas (ek, cuma malas nak login).
Ha Ha Ha.

Ini latest apdet dari aku.

1. Macam biasa, aku makin gemuk.
2. Sekarang rajin pegi gym.
3. Aku ada banyak masa terluang sekarang, kerana kerja tak banyak. Aku sekarang kerje dengan Mark Zuckerberg dan Jack Dorsey so dorang bagi keje melalui henpon dan dimana-mana. (cubalah tanya google kalau tak kenal dorang)
4. Aku ada bukak pusat khidmat masyarakat Parlimen Bangsar! Ha Ha Ha. Jangan marah kalau korang nampak aku 24 jam kat Telawi. Biasalah, awek kat sana hot!
5. Aku rajin menulis sekarang, tapi tulis novel! Macam babi kan? Ha Ha Ha.
6. Malas login blog ni. Ha Ha Ha. Tapi blog orang aku rajin bukak.
7. Weh, aku masih takda gepren la!
8. Aku banyak habiskan masa aku layan muzik. Beb, aku dah mula berkunjung ke gig-gig. Ha Ha. Aku pun dah beli gitar!
9. Ada orang kata, aku nampak hot masa gitar tu tutupi perut aku! Wahahaha (ni aku tipu).
10. Aku mula pakai balik converse, vans serta Gatsby! ha ha ha.

Ok ini untuk masa ni, aku nak sambung balik melompat-lompat!

Sunday, June 7, 2009

Cinta dalam hati

Kalau orang tanya aku, siapa orang yang paling aku benci, aku akan jawab ayah.
Sebab apa?
Sebab lengan dia 'taff' dan lebih kacak!


tapi, dia adalah Superman!

Sekarang siapa ada berani kacau aku?

Monday, May 11, 2009

Sunday, May 10, 2009

Hari Umi

Hari ini, hari Ibu, tapi yang menyambutnya Umi. Pagi ni, 'nek ibu' yang kami anggap dia nenek datang, dan kejut aku tidur.



Aku terus cium pelok dia, sebelum Umi.

Nek Ibu menangis terharu dengan kami bertiga.



Dia kawan baik arwah nenek, dan dia memang diamanahkan untuk jaga kami oleh nenek.



Sempena hari Ibu ni, satu hari, ayah umi dan adik-adik yang lain bawa Ibu jalan-jalan..



Petang, aku balik awal dari office dan terus singgah KLCC beli donut. Umi suka donut.



Awal minggu ni, aku pegi beli barang dapur kat JJ, speacial untuk Umi. Barulah aku tau macam mana susahnya beli barang dapur. Ha ha ha.



Selain ni adalah hadiah yang aku beli. Tapi takmaula tunjuk. Segan plak..



Malam ni ingat nak ajak Umi makan kat Hokaido, tapi Umi dah masak.. kuah lemak cili api. yezza.

Friday, May 8, 2009

Selamat Tinggal, Yang Kalsom

PRAJURIT JAGA MALAM

Waktu jalan. Aku tidak tahu apa nasib waktu ?
Pemuda-pemuda yang lincah yang tua-tua keras,
bermata tajam
Mimpinya kemerdekaan bintang-bintangnya
kepastian
ada di sisiku selama menjaga daerah mati ini
Aku suka pada mereka yang berani hidup
Aku suka pada mereka yang masuk menemu malam
Malam yang berwangi mimpi, terlucut debu......
Waktu jalan. Aku tidak tahu apa nasib waktu !

(1948)
Siasat,
Th III, No. 96
1949


Mamak Bendahara telah menipu Sultan kerana kemaruk kuasa. Digadainya tanah tumpah bumi permai kerana mau jadi ketua. Rakyat dirampas haknya untuk bersuara. Pahlawan tidak termampu untuk mempertahankan namun perjuangan tetap diteruskan.

Selamat untuk kalian, rakyat jelata

Selamat Tinggal Yang Kalsom.





Salut untuk V Sivakumar.

bebaskan Puspa, Fad, Murni dan yang lain!

URGENT APPEAL UPDATE: 7 MAY 2009

5 Legal Aid Lawyers and One Reporter Arrested in IPD Brickfields

The authority not only continue their intolerance towards peaceful assembly, they further deny detainees’ right to legal representation by arresting 5 Malaysian Bar Council Legal Aid lawyers who presented themselves at the IPD Brickfield to represent the 14 individuals arrested earlier tonight.

At about 11.45pm when police started the second wave of arrests, the 5 lawyers and Suara Keadilan Chinese version editor Law Teck Hao, were arrested in front of IPD Brickfield police station.

The arrested lawyers are:

1. Fadiah Nadwa Fikri
2. Ravinder Singh
3. Shuhaini Safwan
4. Murni Hidayah
5. Puspawati Rosman

All persons detained, 14 individuals arrested earlier and the above 5 lawyers are being detained in Brickfields district police station.

Arrest during vigil at Penang

According to the Investigation Officer (IO) in Timur Laut district police station (Penang), who refused to identify himself, the police will not release Ng Eng Kiat tonight. Ng was investigated under section 141 of Penal code and section 4 of Sedition Act.

Arrest during vigil at Sarawak

We noted that among the 11 individuals arrested tonight in Kuching, Sarawak, is Padungan State Assemblyperson Dominique Ng. They were holding a candle light vigil for democracy in Perak.

Background

Wong Chin Huat, an academic and activist of polls reform group, the Coalition for Free and Fair Elections (BERSIH), was arrested by police yesterday (5 May 2009), under Section 4(1) of the Sedition Act. Wong is believed to have been arrested in connection to a press conference held in the morning of 5 May 2009, where he urged all Malaysians to wear black in protest of the Barisan Nasional’s takeover of Perak state government from Pakatan Rakyat, a move seen by many as unconstitutional. He has been remanded for three days until 8 May 2009.

On 6 May 09, 14 individuals were also arrested during a candlelight vigil outside Brickfields district police station. They were gathering to show support to Wong Chin Huat who was arrested under Sedition Act. They were released some hours later after their particulars were taken by the police.

On 7 May 09, for the second continuous night, candlelight vigil was organized by civil citizens at the Brickfields police to show support for Wong Chin Huat. At the same time, SUARAM Penang too organised "Democracy first candle light vigil" in Penang.

We strongly urge the police to release all individuals arrested immediately and unconditionally. We also demand that police stop harassing the Malaysian people from excising their rights to assembly and stop the assault on freedom of expression.

Released By,

Moon Hui
SUARAM Coordinator


Urgent action needed:

Please write protest letters to the government and the police to express your strongest condemnation of the arrests and the ongoing denial of rights of expression. Please also demand the Malaysian government for the immediate and unconditional release of all activists.

Your protest letters should be sent to:

1. OCPD ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Talib

IPD Brickfields
Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields
Polis Diraja Malaysia
Jalan Tun Sambanthan
50470 Kuala Lumpur
Tel: 03-22740222
Fax: 03-22730885

2. OCPD ACP Azam Abdul Hamid (012-6802000)

IPD Timur Laut
Ibu pejabat Polis Daerah Timur Laut,
Polis Diraja Malaysia,
10760 Jln Penang,Timur Laut,
Pulau Pinang.
Tel: 04-2181822
Fax: 04-2286503

3. OCPD IPD Kuching

IPD Kuching
Ibupejabat Polis Daerah Kuching
Polis Diraja Malaysia
Jalan Simpang Tiga, 93300 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-241133
Fax: 082-248135

4. Inspector-General of Police

Tan Sri Musa Hassan
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia ,
50560 Bukit Aman,
Kuala Lumpur , Malaysia .
Tel: +603 2262 6015
Fax: +603 2272 5613

5. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,

Prime Minister of Malaysia,
Prime Minister's Office,
Main Block, Perdana Putra Building ,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya , MALAYSIA
Tel : 603-8888 8000
Fax : 603-8888 3444
E-Mail: ppm@pmo.gov. my

SAMPLE LETTER

[Letterhead of your organization]

Prime Minister,

Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak,

Prime Minister's Office,
Main Block, Perdana Putra Building ,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya , MALAYSIA
Tel : 603-8888 8000
Fax : 603-8888 3444

E-Mail: ppm@pmo.gov. my

Dear Sir,

Re: Release those 31 Individuals Arrested during a Vigil

We are writing to you, once again, to express our outrage and our strongest condemnation over your government’s ongoing crackdown on freedom of expression.

We are appalled by your government and the police’s latest actions and view this as yet another attempt by your government to intimidate Malaysian citizens from exercising their freedom to express their views.

We demand that the 31 individuals should be released immediately and unconditionally. We further demand that your government stops the assault on freedom of expression.

We strongly urge you, once again, to stop bringing shame to Malaysia, a member of the United Nations Human Rights Council. We would like to remind you that freedom of expression and assembly is guaranteed in the Universal Declaration of Human Rights as well as the Federal Constitution of Malaysia.

Yours sincerely,

[Name]

subuh tanpa azan

masjid
sunyi
sepi
manusia
tidak
bermunajat
subuh
ini.

tiada
imam
muazin
makmum.

sudah
subuh
namun
tiada
pemecah
sunyi.

mana
muazin?

mana
makmum?

mana
imam?

masih
tidur?

masih
bermimpi?

apa
sudah
jadi?

kenapa
masjid
sunyi?

sudah
kufur
dunia?

ii.
kenapa
dilarang
mau
berjemaah?

kenapa
dihalang
untuk
bersujud?

kenapa
dihalang
mahu
bermunajat?


iii.
dan
kerana
melarang
terus
perkasala
zionis
kerana
tiada
makmum

dan
aku
tahu
tuhan
murka
sepanjang
hari
kerana
fatwa
songsang
mengikut
diktaktor

ipoh, tanah perkuburan demokrasi
7 mei 2009

Wednesday, May 6, 2009

ipoh: makan tengah hari

Kami tiba di Ipoh jam lima petang. Keadaanya aman damai.

Dalam perjalanan Black asyik bercakap mengenai Nasi Ganja.

Entah apa yang best? Tapi boleh tahanla. Anyway, thanks untuk Yanz yang jadi GPS.

;)

Ipoh

Dalam perjalanan ke Ipoh, lebih 10 trak PGA di Plus

Tuesday, May 5, 2009

Istemewa untuk Umi :) tak sangat kot

siang;
di sidang bersih (sekarang aku agak terkejut dengan penangkapan salah sorang komuniti bersih)

petang;
luang sedikit masa, untuk ke JJ. Tanpa Umi, aku beli barang dapur. Ha ha ha, dan ini kali pertama aku beli barang dapur sendiri.

Special untuk Umi, sempena hari ibu.

malam;
ke NZ dengan Zul dan Ask cerita tentang Pentas152. Kami mau cari pemuzik akustik.

Lepas Tengah Malam
tengah fikir apa yang aku fikirkan

ish..

Saturday, May 2, 2009

Syukur, selamat dari kemalangan

Sebelum 6 KM simpang masuk ke Lembah Beringin, jam 3.15 petang tadi, kenderaan yang kami naiki nyaris merempuh sebuah lori.



Alhamdullilah Hj Ramlan yang memandu kereta berjaya mengawal kenderaan dengan bantuan Shamsul, namun kereta bergesel dengan pembahagi jalan.

Friday, May 1, 2009

wajah-wajah keturunan

cucu nenek;

memang semua cucu nenek tembam dan manis.



manis di pipi

haha

Hari Pekerja: Macam hari raya jugakan!



Walaumacamana bosanpun, kalau bersama keluarga ianya adalah sesuatu yang patut dihargai..



Gambar: Adik aku dengan nenek-nenek sedara aku.

Cinta Hati Saya

Cinta yang paling setia

yang paling tulen

dan takan pudar walau sesaat;

Thursday, April 30, 2009

pesanan penaja

maaf ya kawan-kawan,
saya baru cuba satu teknik baru mengapdet blog terus dari lokasi tak kira manapun berada.

Aku rasa teknik ni style dan best. Terus guna email je dan anta macam type sms.

Tapi,pesanan penaja seperti dibawah ni, menyakitkan hati aku. Hahaha. Kalau korang nak call no yang tertera sampai syurga pun korang takan dapat. Sebabnya sekarang saya gunakan, celcom broadband mudah alih.

berikut ialah pesanan penaja:

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60134952894

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

dari bangsar utama


segelas teh oh limau suam di tingkat bawah bangunan yang entah berapa tingkat.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60134952894

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Selamat tinggal April

Tahun lepas, 2008, bulan empat adalah bulan paling serabut. Dimana dalam bulan empat bermacam-macam perkara berlaku dalam hidup aku.

Dan tahun ini, 2009, bulan empat juga aku rasa yang paling banyak aku serabut, sampai sekarang.. ish.

Esok masuk Mei, sekejap je berlalu. Dan kebiasaanya, Mei adalah beautiful..

Beautiful moment

haha.
but tak tau la kan tahun nikan?

harap je ada sesuatu yang lebih baik.

Saturday, April 25, 2009

Gemukkk

Yeah, aku dah gemuk, sangat gemuk.

kene fikir ke hal ini?

Umi kata,''makan jela''
kawan kata,''kau abeskan''
sendiri kata,''sedapnya, habiskanlah''
awek-awek kata (mungkin dalam hati),''kurus dulula, baru ngorat i.''
puspa kata,''bukan trend perempuan sekarang suka laki gemuk ke?''

so sapa suka laki gemuk?

Saturday, April 11, 2009

bulan 4 musim mengawan

Hy kawan-kawan
Haa, sebelum hadir ke rumah Marini, aku check jadual aku sepanjang bulan ini. Lala. Dan rupanya, ada lagi tiga majlis perkahwinan para sahabat aku akan berlangsung dalam minggu depan dan minggu seterusnya.

Hahaha..

Sebenarnya, hari ini aku agak sibuk dengan beberapa perkara yang belum setle lagi, dan aku hampir terlupa perkahwinan Marini. Haha, pembantu baru aku (hehe) masih lagi dalam peringkat percubaan dan dia agak kurang biasa susun aturkan jadual aku.

Sampai aje aku terus duduk dengan YB Zul, yang tengah borak dengan ayah marini, dato kamal.

Tak sampai lima minit, bos karangkraf Datuk Hishamudin plak dan isteri satu meja ngan aku.

Kemudianya, Azmin plak sampai, dan duduk satu meja ngan aku. Haha. So meja aku dah penuh dengan orang-orang besar. Aku tak pakai baju batik. Haha.

Anwar sampai lepas zohor, dan bila dia dah sampai, ehem, aku say Hi dan apa lagi cabutla..

:D

Anyway majlis marini best, dan saya kebahagian seluruh hidup.



haa ini gambar yang diambil oleh kawan aku.


Wednesday, April 8, 2009

yeah anak comelku!

Akis dipaksa lahirkan anak aku di Facebook


haha..
Gila mamat ni

tahniah, ailebyu!!

gelak.
hahahaa.

tahniah, buat rakan-rakan.

nampaknya aku tak turun pun, mampu menang.

haha.

eh, sapa plak aku?

anyway,

hari ni, opis aku dok sebok2 tunggu dan monitor. Sampai sekarang (3.30 pagi,8 april) kami tidak balik.

kampeni mlanje makan; tengah hari, petang, malam, tengah malam dan pizza (dengan tiba-tiba dihantar oleh Tian Chua)

wah heppy. dan jimat.

tapi..

keje aku akan siap dalam masa 20 minit..
dan siapa akan bayar tambang teksi aku!?

Monday, April 6, 2009

weekend

Akhil dah besar, umipun dah tua :D

Aku batalkan niat suci murniku ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, setelah aku sedari betapa pentingnya aku berada di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Pada awalnya, aku rasa hari jadi Umi jatuh pada 4 April. Tapi malangnya, ianya pada 5 April.

Nasib baik Maria, ingatkan.

(Hahaha, apa punya anak!)

5 April, aku habiskan masa dengan Umi, Ayah dan adik-adik lain kat Titiwangsa. Keluar main tenis, gym dan teman Akhil di Playground.

Akhil dah boleh bergayut, hayun boyan, main jongkang jongkit, pukul rakan sebaya dan juga mengorat bukan sahaja rakan sebaya, malah orang dewasa.

Teruk Akhil ni, baru 1 tahun 2 bulan!

Dalam minggu ni juga aku cinta sejarah apabila kunjungi 1 majlis pertunangan dan 1 majlis pernikahan.

Haha, kebiasaanya, aku hanya jadikan kad kahwin sebagai penanda buku. Nasib baik dua orang ni kawan rapat aku.

Adi, disandingkan di Keramat, pada 4 April dan Ahan ditunangkan di Damansara pada 5 April. Ahan dijadualkan berkahwin pada Julai ini. Tahniah.

Manakala Marini pula kahwin next week dan kah kahwin dia memang tak boleh buat penanda buku!

Haha

Friday, April 3, 2009

nyanyian rindu dari kekasihku! <3

GF aku tau, aku sibuk - mau-mau time pilihanraya dan pelantikan perdana menteri. Aku tau dia nak aku tau yang dia sentiasa disamping aku. So aku paham.

Aritu, masa kami habiskan cuti dengan dia, dia mintak aku rakamkan nyanyian dia.

aku terharu.

walaupun dia kurang pandai bahasa melayu, tapi ini percubaan yang baik untuk hidup dengan aku.

haha



ini versi malam tadi, dia main klasikal. Yang lebih aku suka. Grrrr.. I miss you too dear!



hahaha.

tenda biru

Kawan-kawan,
gua tau ramai lu orang kahwin ini bulan.
so lu orang layan ini video;

berakhirlah sudah semua kisah ini.. dan jangan kau tangisi lagi - Pak Lah



Hari ini, Tiga April Dua Ribu Sembilan, Najib Razak, yang mempunyai pelbagai skandal yang negatif termasuk dengan penglibatan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dilantik untuk menjadi Perdana Menteri.

Aku, budak muda, yang pakai topi senget, yang cool, amat kesal dengan pemilihan ni.

Tapi, apakan daya, Mantan Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak mahu jadi PM.



Semalam masa Pak Lah jumpa YDP Agong, aku bayangkan beliau nyanyi lagu ni;

Monday, March 30, 2009

Gelap

Aku dengan kawan aku bersendirian sesama lelaki dekat SkyBar, Traders Hotel yang mengadap KLCC.

Kuala Lumpur masih ada cahaya dan tempat yang kami lepak, memang selalu gelap.

Dan tema kami;

Gelapkan Dunia Untuk Palestin

Sapa kata kami Yahudi?

Sunday, March 29, 2009

Relax : There is an answer to the darkest times

eh mana benda semalam-semalam-semalam?

;)

hehehe.


ah


esok esok esok esok!

ngehehehehe

:D