Tuesday, July 14, 2009

Siapa menang?

Ketika melalui foodcourt selepas pulang dari pejabat, ditegur oleh seorang pakcik berkopiah putih yang entah siapa.

''Adik kita menang?'' soal beliau dengan mimik keyakinan yang tinggi seperti aku mempunyai jawapanya.

Kemudian aku yakin dia Pas atau penyokong Pakatan Rakyat.

''Menang majoriti sikit,'' kata aku. keputusan rasmi tak keluar. Tapi aku baru lepas check twitter.

''Berapa?'' tanya Pakcik tu lagi.

''Kurang 100,'' sambil aku senyum dan pantas berlalu.

Aku toleh belakang ketika jalan. Pakcik tu pergi kearah meja orang lain, sekumpulan pakcik juga.

Pakcik tu menunjuk-nunjuk aku dan mereka semua dengan serius pandang aku.

Cepat-cepat aku pandang depan, dan terus jalan dengan pantas untuk hilangkan diri dari pandangan.

Kalau tak, wajib dari lima orang, mungkin akan jadi 10 orang untuk dengar ulasan aku secara live.

No comments:

Post a Comment