Thursday, July 16, 2009

Perintah berkurung mulai 1 Ogos

Mulai satu Ogos ini, kerajaan telah mengarahkan aku untuk duduk rumah selalu selepas mengetahui kelemahan aku. Berikut dinyatakan perintah kerajaan berkenaan:

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.
-Malaysiakini


atau pilihan kedua;

Kalau biasanya kos pengangkutan aku kira-kira RM600 sebulan, rasanya bulan depan aku akan membiayai seorang pemandu peribadi untuk mengangkut aku kemana-mana.

Terima Kasih

2 comments:

  1. suruh drebar cun muda tu hantar setiap hari

    ReplyDelete
  2. amik lesen n beli keta la..

    xpun..mari kite demo ramai2 berkenaan dengan kenaikan tersebut :)

    ReplyDelete