Thursday, July 30, 2009

Hujung minggu ini: Mari kita turun ke ............

31 Julai

Genting, F Fest. Hhaahaha..

lagi..

1 Ogos -

Heineken Green Room! Zouk KL

lagi..

2 Ogos -



lagi..

cukup la tu

ok, aku pakai baju merah seluar hitam?!

p/s = wah gila happy, ada pendapatan lebih dan berblackberry.... alhamdullilah

Tuesday, July 21, 2009

Maskara!



Syafiq Sunny adalah seorang penyajak?

Ha Ha Ha...

Ok, apa yang sedang aku lakukan?
Sementara menunggu skrip dari Azzam, dan memberi khidmat nasihat komunikasi kepada beberapa orang, aku sedang giat menghasilkan sebuah cerpen bersama Zul dan Saiful.

Thursday, July 16, 2009

Perintah berkurung mulai 1 Ogos

Mulai satu Ogos ini, kerajaan telah mengarahkan aku untuk duduk rumah selalu selepas mengetahui kelemahan aku. Berikut dinyatakan perintah kerajaan berkenaan:

Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos.

Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen.

Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 kilometer.

Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.
-Malaysiakini


atau pilihan kedua;

Kalau biasanya kos pengangkutan aku kira-kira RM600 sebulan, rasanya bulan depan aku akan membiayai seorang pemandu peribadi untuk mengangkut aku kemana-mana.

Terima Kasih

Baju


Dulu, masa aku bergf, aku pakai baju ni.
dan beliau tanya aku.
siapa bagi baju ni?
ha ha ha

Mana nak buang angen satu badan?

Argh,
mau jerit
hingga hilang suara
supaya tidak perlu bercakap
dan hanya perlu gunakan tangan
untuk memberitahu aku sedang marah
(sambil tunjuk jari tengah kepada mereka sikeji)

ops sorry..
fuck you mtf!
Syal, kurang pahala aku.

hehe..

Tuesday, July 14, 2009

Siapa menang?

Ketika melalui foodcourt selepas pulang dari pejabat, ditegur oleh seorang pakcik berkopiah putih yang entah siapa.

''Adik kita menang?'' soal beliau dengan mimik keyakinan yang tinggi seperti aku mempunyai jawapanya.

Kemudian aku yakin dia Pas atau penyokong Pakatan Rakyat.

''Menang majoriti sikit,'' kata aku. keputusan rasmi tak keluar. Tapi aku baru lepas check twitter.

''Berapa?'' tanya Pakcik tu lagi.

''Kurang 100,'' sambil aku senyum dan pantas berlalu.

Aku toleh belakang ketika jalan. Pakcik tu pergi kearah meja orang lain, sekumpulan pakcik juga.

Pakcik tu menunjuk-nunjuk aku dan mereka semua dengan serius pandang aku.

Cepat-cepat aku pandang depan, dan terus jalan dengan pantas untuk hilangkan diri dari pandangan.

Kalau tak, wajib dari lima orang, mungkin akan jadi 10 orang untuk dengar ulasan aku secara live.

Friday, July 10, 2009

Oii Oii

Itu semua lakonan, bukan realiti.
Apa yang aku cakap itu adalah benar, dan apa yang korang nampak adalah salah
:D

p.s = rujuk facebook

Wednesday, July 8, 2009

Rajawali


Bukan gambar baru, tapi gambar lama yang diambil dari flickrku!

Tuesday, July 7, 2009

Azzam Supardi!


Aku bimbang dengan Azzam Supardi (bukan Suparman) dengan cara beliau memandang Dr. Farish Ahmad Noor

Program Amal dengan pelajar Sekolah Ilmi

Aku rasa tahap kesihatan aku, tengah kritikal. Tapi, siapa tahukan kalau kita senyum dan gelak?

Tapi aku suka untuk tidak kelihatan sakit. :)

Ini hari, aku gembira. Pergi melawat Sekolah Ilmi. Ada program bersama pelajar.

Yang aku gelak, aku diperkenalkan kepada pelajar dengan nama abang, tapi kenapa ada diantara mereka panggil aku Uncle? Ishhhh!!!


Seorang pelajar tanya aku," Kenapa abang pakai kasut sekolah?" dan aku tak tahu untuk jawab apa.


Dan mereka memberikan aku senyuman. Program selepas ini di rumah bakti. Ada mana-mana universiti yang ada awek cun nak panggil aku datang?

Ops, lepas program, semua pelajar yang rata-ratanya pelajar darjah dua dan tiga berebut-rebut mintak autograph sambil kata, "Abang-abang, saya ada kakak yang hot!"

Dan serius aku conteng je kertas-kertas A4 dorang sambil dicemburui oleh rakan-rakan lain.Lu orang tak percaya? Check la facebook gua!

Monday, July 6, 2009

gua gembira tentang sahabat gua, jadi gua tulis nota pendek, untuk rujukan kalau nanti gua jadi pelupa

Masa tingkatan dua, aku berpindah ke Melaka, di tempat yang tak pernah aku rasa akan bermastautin. Kehidupan berubah, dari mamat bandar - yang masa tu main PS1, BMX, mempunyai GF berambut perang, terpaksa bertukar corak hidup untuk menjadi mamat skema.

Ketika mula di sana, aku tak punya kawan yang ramai. Ha Ha. Aku pendiam dan tak campur orang... Baju sentiasa masuk dalam, jadi budak baik. Tapi sampai di tingkatan tiga, gua kembali temui roh gua.

Aku temui geng baru, dari dua kelas berlainan. Nama mereka Wan dan Pjol. Wan dari kelas 'hujung' naik ke kelas nombor dua. Pjol pulak dari kelas kedua hujung naik ke kelas yang nombor dua.

Mungkin diantara sebab yang lain untuk kami lebih rapat kerana aku dan Pjol berpindah secara kebetulan ke kawasan perumahan baru yang hampir di rumah Wan.

Dari situ, kami begitu akrab.

Bukan sahaja akan masuk kelas time yang sama, kalau demam pun - Insyaallah tiga-tiga pun demam. Kalau buat kutipan derma, tiga-tiga pun beramal ketuk pintu kelas ke kelas. Kalau dipanggil pengetua, tiga-tiga pun akan mengadap pengetua.

Cuma, hubungan regang sedikit, selepas Pjol ada GF dengan pengawas, jadi dia lebih berdisplin. Aku dan Wan, tetap still jadi pujaan budak-budak Junior. Ha Ha..

Tapi bape bulan kemudian, rasanya Pjol dah putus kot, Jadi dia kembali cool bersama kitaorang.

Kami selalu main-main, dan sebenarnya aku agak rindu zaman nakal gila babi tu. Tapi dalam nakal-nakal, aku lebih menonjol keUmnoan. Dalam usia 16, aku dapat jadi Naib Pengerusi Belia 4B Cawangan, dan sebelum tu, pangkat aku dalam PBSM lebih besar dari pangkat pengetua :P.

Jadi hidup dekat tempat baru, banyak mendewasakan aku. Dari umur aku 16, aku dah bercampur dengan orang-orang tua. Masa tu apak aku mempunyai harapan yang tinggi supaya aku dapat jadi pemimpin melayu. Wink Wink...

Masa umur 16 aku sudah mula pakai baju batik, dan mendapat habuan-habuan. Ha Ha. Masa ni dah belajar pasal kontrak dan macam-macam laa..

Cerita kembali mengenai Wan dan Pjol, kalau sorang ada masalah, ianya akan jadi masalah kami bertiga. Aku dah belajar mengenai semangat setiawakawan dari kecil, dan aku selalu pegang semangat setiakawan itu sehingga kini.

Ops lupa nak cite, masa SPM, geng2 lain sibuk membaca, aku dan dua geng lain sibuk buat breakdance. Tu kalau korang tengok pengaruh hip hop aku ada sampai sekarang. Ha Ha Ha.

Kami belajar hanya pada masa SPM.

Ok, sebenarnya aku ada gak belajar time diorang tak belajar. Sebabnya.. he he, aku rajin pegi perpustakaan dengan sorang awek sekelas. :P, sapa suh Pjol dan Wan selalu bangun lambat. So, sorrryyyy..

Tapi malangnya, aku biasala, dah ada peluang nak ngorat, aku takan teruskan. Aku akan main-main dan blah.

Ha Ha, tapi mana minah tu skang ya?

Kami belajar bersungguh-sungguh dua hari sebelum SPM. Ha Ha. Masa tu bulan puasa, selain belajar bersama, kami juga makan tengah hari bersama. Ha Ha..

Lepas SPM, aku kembali ke KL untuk jadi rockstar. Alhamdullilah impian berjaya. Aku pulang ke kampung dengan baju-baju band dan selalu menjadi bahan rujukan kawan-kawan. Ha Ha.

Dan aku dikatakan mempunyai lebih star lagi, bila ada gf yang hot (masa tu!)

Tapi makin lama aku kat KL, makin jarang aku balik Melaka. Sorry geng, masa tu sibuk.

Dan hubungan kami agak longar.. dan....... hmm.. langsung tak jumpa.. bertahun.

Tapi kemarin Wan telefon, aku hanya sempat cakap "Wan, aku call kau esok, aku tengah d..." terus aku matikan telefon.

Dia anta aku SMS;
Fiq aku rindu kau la?

Aku tak reply. Mcam celaka kan SMS macam tu. Aku sebenarnya tak layan kalau orang (lelaki) sms macam tu. Ha Ha.

Tapi bila aku terjumpa baju (batik) belia 4B, aku terasa rindu. Rindu dengan kawan-kawan. Ha Ha.

Terus aku cari nombor telefon.. Tapi biasalah, gagal dijumpai (aku memang jarang save nombor telefon. Sorry kalau korang telefon aku, lima kali seharipun, aku tanya siapa ni. Nota pengarang: Aku akan ubah perangai ni mulai hari ni)

Tiba-tiba lepas makan dengan kawan aku, Wan telefon aku. Dan maki hamun aku.. Ha Ha dia kata aku tanggang. Ha Ha.

Dekat 40 minit kami berborak.. Dan aku rasa sangat gembira. Gembira yang tak terkata... Dan tula pasal aku tulis nota mengarut ni!

Kini Pjol seorang rekrut JPJ, Wan bakal begelar seorang komando.

Sekarang aku terfikir; Apa aku lakukan sekarang?

Seni untuk rakyat


Kalau gua ada gitar, gua akan cuba mementaskan diri!
Ha Ha Ha
Gambar: Program Malam Seni Rakyat,4 Julai lalu anjuran CRK

Sunday, July 5, 2009