Monday, July 6, 2009

gua gembira tentang sahabat gua, jadi gua tulis nota pendek, untuk rujukan kalau nanti gua jadi pelupa

Masa tingkatan dua, aku berpindah ke Melaka, di tempat yang tak pernah aku rasa akan bermastautin. Kehidupan berubah, dari mamat bandar - yang masa tu main PS1, BMX, mempunyai GF berambut perang, terpaksa bertukar corak hidup untuk menjadi mamat skema.

Ketika mula di sana, aku tak punya kawan yang ramai. Ha Ha. Aku pendiam dan tak campur orang... Baju sentiasa masuk dalam, jadi budak baik. Tapi sampai di tingkatan tiga, gua kembali temui roh gua.

Aku temui geng baru, dari dua kelas berlainan. Nama mereka Wan dan Pjol. Wan dari kelas 'hujung' naik ke kelas nombor dua. Pjol pulak dari kelas kedua hujung naik ke kelas yang nombor dua.

Mungkin diantara sebab yang lain untuk kami lebih rapat kerana aku dan Pjol berpindah secara kebetulan ke kawasan perumahan baru yang hampir di rumah Wan.

Dari situ, kami begitu akrab.

Bukan sahaja akan masuk kelas time yang sama, kalau demam pun - Insyaallah tiga-tiga pun demam. Kalau buat kutipan derma, tiga-tiga pun beramal ketuk pintu kelas ke kelas. Kalau dipanggil pengetua, tiga-tiga pun akan mengadap pengetua.

Cuma, hubungan regang sedikit, selepas Pjol ada GF dengan pengawas, jadi dia lebih berdisplin. Aku dan Wan, tetap still jadi pujaan budak-budak Junior. Ha Ha..

Tapi bape bulan kemudian, rasanya Pjol dah putus kot, Jadi dia kembali cool bersama kitaorang.

Kami selalu main-main, dan sebenarnya aku agak rindu zaman nakal gila babi tu. Tapi dalam nakal-nakal, aku lebih menonjol keUmnoan. Dalam usia 16, aku dapat jadi Naib Pengerusi Belia 4B Cawangan, dan sebelum tu, pangkat aku dalam PBSM lebih besar dari pangkat pengetua :P.

Jadi hidup dekat tempat baru, banyak mendewasakan aku. Dari umur aku 16, aku dah bercampur dengan orang-orang tua. Masa tu apak aku mempunyai harapan yang tinggi supaya aku dapat jadi pemimpin melayu. Wink Wink...

Masa umur 16 aku sudah mula pakai baju batik, dan mendapat habuan-habuan. Ha Ha. Masa ni dah belajar pasal kontrak dan macam-macam laa..

Cerita kembali mengenai Wan dan Pjol, kalau sorang ada masalah, ianya akan jadi masalah kami bertiga. Aku dah belajar mengenai semangat setiawakawan dari kecil, dan aku selalu pegang semangat setiakawan itu sehingga kini.

Ops lupa nak cite, masa SPM, geng2 lain sibuk membaca, aku dan dua geng lain sibuk buat breakdance. Tu kalau korang tengok pengaruh hip hop aku ada sampai sekarang. Ha Ha Ha.

Kami belajar hanya pada masa SPM.

Ok, sebenarnya aku ada gak belajar time diorang tak belajar. Sebabnya.. he he, aku rajin pegi perpustakaan dengan sorang awek sekelas. :P, sapa suh Pjol dan Wan selalu bangun lambat. So, sorrryyyy..

Tapi malangnya, aku biasala, dah ada peluang nak ngorat, aku takan teruskan. Aku akan main-main dan blah.

Ha Ha, tapi mana minah tu skang ya?

Kami belajar bersungguh-sungguh dua hari sebelum SPM. Ha Ha. Masa tu bulan puasa, selain belajar bersama, kami juga makan tengah hari bersama. Ha Ha..

Lepas SPM, aku kembali ke KL untuk jadi rockstar. Alhamdullilah impian berjaya. Aku pulang ke kampung dengan baju-baju band dan selalu menjadi bahan rujukan kawan-kawan. Ha Ha.

Dan aku dikatakan mempunyai lebih star lagi, bila ada gf yang hot (masa tu!)

Tapi makin lama aku kat KL, makin jarang aku balik Melaka. Sorry geng, masa tu sibuk.

Dan hubungan kami agak longar.. dan....... hmm.. langsung tak jumpa.. bertahun.

Tapi kemarin Wan telefon, aku hanya sempat cakap "Wan, aku call kau esok, aku tengah d..." terus aku matikan telefon.

Dia anta aku SMS;
Fiq aku rindu kau la?

Aku tak reply. Mcam celaka kan SMS macam tu. Aku sebenarnya tak layan kalau orang (lelaki) sms macam tu. Ha Ha.

Tapi bila aku terjumpa baju (batik) belia 4B, aku terasa rindu. Rindu dengan kawan-kawan. Ha Ha.

Terus aku cari nombor telefon.. Tapi biasalah, gagal dijumpai (aku memang jarang save nombor telefon. Sorry kalau korang telefon aku, lima kali seharipun, aku tanya siapa ni. Nota pengarang: Aku akan ubah perangai ni mulai hari ni)

Tiba-tiba lepas makan dengan kawan aku, Wan telefon aku. Dan maki hamun aku.. Ha Ha dia kata aku tanggang. Ha Ha.

Dekat 40 minit kami berborak.. Dan aku rasa sangat gembira. Gembira yang tak terkata... Dan tula pasal aku tulis nota mengarut ni!

Kini Pjol seorang rekrut JPJ, Wan bakal begelar seorang komando.

Sekarang aku terfikir; Apa aku lakukan sekarang?

No comments:

Post a Comment